KOLEKSIKU

KOLEKSIKU

Monday 31 January 2011

KEK RAMPAI PAYONG


Kek Lapis Rampai Payung yang ditempah oleh ustazah Umi petang tadi, gambar x brape clear kamera problem he...he...

Thursday 27 January 2011

KEK SEDAP

Kek ni orang lama punye. Kek Kesline ni ku ambil dari member sama-sama anak anggota polis satu ketika dulu. (Tahun 1985 ~ Thanks you 4 saharing this recipe) Dan resepi Kek Gembala Hati sepupu aku yang jadi cikgu bagi. Dah pernah buat tapi x sempat ambik gambar. Gambar saya n3 kemudian k. Rasa kek ni memang sedap. Cubalah....


KEK KESLINE


Bahan2 :

350gm buah kurma / prune (direndam dengan orange juice 1 malam & dicincang)
10 bungkus kecil amam manis ~ dihiris halus
1 cawan orange juice
1 cawan gula kastor
1 cawan mentega
3 cawan tepung gandum
1 cmt b/p
1 cmb jem stawberry
1 cmt esen vanilla
4 biji telur ayam (gred A)


Cara2 :

  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan jem dan esen vanilla gaul rata.
  • Masukkan telur satu persatu sambil dipukul sebati.
  • Masukkan tepung yang telah diayak dengan b/p, gaul sebati.
  • Masukkan buah-buahan seerta orange juice tadi sambil digaul rata.
  • Tuang kedalam loyang dan kukus selama 2~3jam atau sehingga masak.


KEK GEMBALA HATI


1 gelas gula kastor

½ tin susu pekat manis

30 bungkus kecil buah asam manis

1 packet kecil horlick (kalau x suka manis guna setengah je)

1 gelas tepung gandum

1 gelas biskut kraker yang telah ditumbuk halus

16 oz mentega

7 biji telur gred A

setengah kati (300gm) biskut inti jem (org s'wak panggil roti biskut jem) ~ dipecah2



Cara2 :


  • Pukul mentega dan gula hingga kembang
  • Masukkan telur sebiji2 sambil dipukul sehingga kembang
  • Masukkan susu, horlick, tepung gamdum, tepung biskut kraker serta biskut jem gaul rata
  • Masukkan biskut jem dan buah asam manis sambil digaul sebati
  • Tuangkan kedalam loyang dan kukus hingga masak, biarkan suam2 sikit barulah dibakar selama 10 minit supaya kek tahan lama.

Selamat mencuba....

AYAM MASAK LEMPAP

Masakan ni memang ringkas, senang disediakan bagi yang suka pedas, lauk orang kenaboi daerah Jelebu (Melayu Pahang Negeri Sembilan)


AYAM MASAK LEMPAP


Bahan2:


½ ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan

3 batang serai

segengam cili api (ikut suka)

kunyit idup agak2la (tapi aku pakai kunyit serbuk je)

5 biji bawang kecil

2 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

2cm halia (ikut suka)


Cara2 :


  1. Ayam digoreng setengah masak,
  2. Halia, bawang merah, bawang besar, bawang putih, cili api dan kunyit dikisar halus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar tadi, kemudian masukkan ayam yang telah dogoreng tadi. Gaul rata. Kalau suka berkuah masukkan sedikit air biarkan hingga mendidih sebentar.
  4. Kemudian angkat.
Senangkan......

Friday 3 December 2010

KENANGAN CYBERKIDS CAMP

Kenangan di Sheraton Hotel semasa kursus Cyberkids Camp yang dianjurkan oleh Syarikat Maxis. Ini sebahagian daripada penyelia tapak yang terpilih.


Rakan-rakan dari Sabah Hacks, Wani dari Perlis, dan member Ganu kite....

Ha! kumpulan ni pantang jumpe kamera, asal ade kameraman lalu je mesti kena tol.... asyik nak possing je keje dan kumpulan ni jugalah adalah juara aktiviti "TeamWork"

Friday 21 May 2010

KENANGAN BALIK KAMPUNG


Mercu tanda nak masuk ke pekan Pantu yang baru dibina masa pesta Tapah....



Pekan Pantu yang tak pernah berubah keadaannya......Dari usia kanak-kanak hingga usia sekarang masih begitu.......

Monday 17 May 2010

Resipi

Inilah Biskut kegemaran keluarga saya...
Biskut Bunga Cina
(Sumbangan Inet)
Bahan-bahannya:
100 gm mentega
90 gm gula custor
1 biji telur (A)
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung sagu
Ceri merah untuk hiasan

Caranya :

Pukul mentega dengan gula jingga putih gebu, masukkan telur dan pukul lagi.
Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
Masukkan adunan kedalam acuan dahlia dan picit direct ke dalam dulang pembakar.
Hiaskan dengan ceri .
Bakar selama lebih kurang 15 minit dengan suhu 175ºC.
Bila masak biarkan sejuk sedikit baru dialih ke dalam bekas kerana biskut ni rapuh…
Biskut ni saya pelajari semasa kursus kek & Pastry anjuran Giat Mara....
Biskut Tim Tum Kak Nor

Bahan-bahannya :

125 gm mentega
200 gm tepung gandum
65 gm gula icing
2 biji kuning telur
50 gm tepung honkwee
½ sk vanilla
50 gm tepung jagung
½ sk strawberry emulco

Hiasan : Chocolate Chips

Caranya :

Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang.
Masukkan tepung honkwee, tepung jagung dan tepung gamdum, gaul rata.
Ambil sedikit adunan, campurkan strawberry emulco dan digaul rata.
Adunan selebihnya dibubuh vanilla.
Adunan kemudian dipicit dengan acuan dahlia dan hias dengan chocolate chips.

Nota : Saya gunakan acuan dahlia yang pecah 12 untuk bawah dan pecah 8 untuk atas yang strawberry emulco.

Wednesday 21 October 2009

KEK LAPIS LAGI

Inilah hasilnya kek Lapis Asam Manis versi bakar.

This is my favourite layered cake " Kek Lapis Chocolate Cheese" dan yang kat belakang tu kek lapis abadi.